Friday, 1 January 2010

KISMIS KECERDASAN MINDA AR RAUDAH


InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan dan menguatkan ingatan. Kismis Minda Ar Raudah telah dibacakan dengan ayat-ayat yang khusus dari Al Quranul Karim oleh Ustaz Suhaimi Mohd Yunus (bekas murid Tahfiz Masjid Negeri, Ipoh)

Iman Ali a.s. bersabda: "kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa"

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebut bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa.

Khasiat Kismis Minda Ar Raudah: menguatkan daya ingatan, mencerdaskan minda, mengubati penyakit pelupa, melawaskan penghadaman, membersihkan hati, mencerahkan penglihatan.

Saya telah mengamalkan pengambilan Kismis Minda Ar Raudah kepada semua anak-anak saya dan al-hamdulillah tanpa tuisyen keputusan peperiksaan amat membanggakan.
1) Anak 1 (15thn): UPSR - 4A1B dan PMR - 8A
2) Anak 2 (13thn): UPSR - 5A
3) Anak 3 (8thn): Tempat pertama dalam kelas (sekolah kebangsaan dan sekolah agama)
4) Anak 4 (5thn): Telah boleh membaca, mengira dan menulis dengan lancar


Dinasihatkan mengamalkan aturan cara pengambilan harian: dewasa (7-11 biji), kanak-kanak (5-7 biji) dan hafiz/hafizah (21 biji)

Harga: RM10.00 /botol (+/- 210g)
Penghantaran: tertakluk kepada caj khidmat pos laju (luar daerah) atau percuma bagi kawasan Klang dan Shah Alam (tertakluk kepada minima 5 botol)

BERMINAT.....SILA CHAT/EMAIL/SMS KEPADA KAMI... T/KASIH

Saturday, 20 June 2009

NUTRIEN MINDA


RAHSIA.......C-PINTRASS

Nutrien Kecerdasan Minda C-Pintrass. Digunakan secara Homeopati sebagai makanan kesihatan untuk membantu meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal serta melegakan keletihan saraf, lemah daya tumpu (concentration), daya ingatan (memory), tegang fikiran (stress), gugup (anxiety), gementar (nervous) dan menambah tenaga.


Sila call/sms/email untuk pesanan RM12.50 sebotol. Penghantaran percuma ke kawasan Klang/Shah Alam (minima 5 botol) dan bagi luar kawasan penghantaran melalui pos laju (tertakluk kepada tambahan caj kiriman sekitar RM6.50)

Wednesday, 2 July 2008

Untuk Renungan

" AIR SEMBAHYANG "

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan: Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan: Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu..